Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat


Sejarah Model Pemprosesan Maklumat



Sejak komputer pertama, psikologi selari antara komputer dan fikiran manusia. Secara dasarnya adalah model memori. Model memori yang mendominasi tahun 1970-an dan 80-an adalah tiga komponen sistem maklumat memproses iaitu ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Antara pelopor lain bagi teori ini ialah Robert Mills Gagne (1916), George A. Miller (1920) dan Alan Baddeley.

Banyak hasil kajian telah menunjukkan beberapa kelebihan memori kerja. Secara umum dipercayai bahawa memori kerja manusia sangat terbatas. Kita hanya boleh mengingat sesetengah maklumat sahaja dalam satu-satu masa sekaligus.

 


Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Model memproses maklumat sama seperti model komputer iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory).







(a) Ingatan Deria


Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia akan hilang serta merta.




(b) Ingatan Jangka Pendek



Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaranpembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan tentang fakta yang telah diterangkan; selepas pelajar respon, ulang semula penerangan.






(c) Ingatan Jangka Panjang


Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang, dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada 3, iaitu ingatan episodik, semantik dan prosedural:
• Ingatan episodik


Ingatan episodic adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa “jatuh basikal”.
• Ingatan semantik


Ingatan semantik adalah ingatan tentang “makna”, iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna “semantik”.
• Ingatan prosedural


Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu,


terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya, mengingat bagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal.

MAKLUMAT LENGKAP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
(MENGIKUT PANDANGAN TOKOH)

Model pengajaran pemerosesan maklumat mengikut teori Gagne



 Maklumat ditafsirkan dalam stor ingatan – jangka pendek/panjang.


 mengemukakan 8 jenis pembelajaran untuk memperoleh maklumat


 Rangsangan - rangsangan dari persekitaran luar diterima melalui deria2 manusia.


 Pengalaman disimpan dalam stor ingatan panjang adalah penting utk dikaitkan dgn pengalaman baru – memudahkan pembelajaran baru berlaku.

Model pengajaran pemerosesan maklumat mengikut Baddeley (1990)



 Ingatan jangka masa panjang


– Ruang ingatan yang menyimpan semua kenangan atau maklumat yang lama


 Ingatan jangka masa pendek


– Ruang yang memproses maklumat sebelum memasuki ruang ingatan jangka masa panjang


 Ingatan deria atau sensori


– Bahagian ingatan yang yang berkaitan dengan segala bentuk input atau penerimaan maklumat daripada manusia


Model pengajaran pemerosesan maklumat mengikut George Miller (1956)



 Konsep ‘magical number 7’ - (7 ± 2)


 Dalam satu masa ingatan jangka masa pendek manusia dapat mengingati 5 hingga 9 perkara.


 memberikan dua idea teori dalam rangka proses maklumat dan psikologi kognitif yang lebih umum


 Konsep pertama adalah ` chunking ' dan kapasiti jangka pendek ( kerja) memori .


 memori jangka pendek hanya boleh mempertahankan 5-9 potongan maklumat ( tujuh plus atau minus dua )


 Seperti komputer , fikiran manusia memerlukan maklumat , melakukan operasi di atasnya untuk menukar bentuk dan kandungan , dan menghasilkan tindak balas.


 Menurut pandangan ini , ada tiga jenis memori : Sensory register ( sebahagian daripada memori yang menerima semua maklumat) ,


 memori jangka pendek ( STM ) ( juga dikenali sebagai memori kerja ,


 memori jangka panjang ( LTM ) ( sebahagian daripada memori yang mempunyai kapasiti terhad dan boleh menyimpan maklumat tanpa had ) .




Fasa Motivasi- Jangkaan



- fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu.


- Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan.. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu.


- Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.


b) Fasa Tanggapan – Perhatian


- melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan.


- seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.


- Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
c) Fasa Penyimpanan- Kod


- Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek.


- Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan


- Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.


- Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari


- merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.


- Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman.


- Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

f) Fasa Generalisasi- Pindaan


- fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa.


- Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisi empat.

g) Fasa Prestasi- Gerak Balas


- dikenali sebagai fasa perlakuan.


- Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.


h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan


- Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.


- Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.

Peringkat-peringkat Robert Gagne (1985) adalah seperti berikut:
(a) Pembelajaran Isyarat


Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, “Selamat sejahtera, cikgu!”. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku
tersebut.

(b) Pembelajaran Gerak Balas


Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, “Bagus, Ali pandai !”. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c) Pembelajaran Rangkaian Motor


Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

(d) Pembelajaran Pertalian Bahasa


Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk


mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian


berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e) Pembelajaran Diskriminasi


Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.


(f) Pembelajaran Konsep


Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g) Pembelajaran Hukum


Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.


(h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah


Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.


TEKNIK SWOT