Teori Pembelajaran Behaviorisme






Sejarah Teori Behavioris



Asal-usul behaviorisme ialah dari ideologi Gerakan Progresif American 1880-1920. Gerakan Progresif ini sering dikaitkan dengan reformasi politik. Gerakan Progresif adalah evolusi dari falsafah liberal yang bermula dengan John Locke dan dipraktikkan oleh Thomas Jefferson. Konsep ini mendefinisikan bahawa idea masyarakat adalah terikat bersama oleh suatu kontrak sosial yang implisit membolehkan autonomi politik dan hak-hak individu dalam pertukaran untuk kewajipan perkhidmatan keperluan sosial orang lain.


Meskipun ini terdengar jelas bagi kita hari ini, itu adalah idea yang radikal pada masa Revolusi Amerika -. Kurang dari satu abad selepas Revolusi Kemerdekaan Amerika, Industri telah menjadikan perekonomian masyarakat terbahagi kepada yang dua kumpulan yang mempunyai alat-alat pengeluaran , dan mereka yang bekerja keras untuk menghasilkan Darwinisme. Sosial diambil sangat serius saat ini, dan tidak ada jaminan bahawa politik dan masyarakat tidak jatuh kembali ke dalam suatu model yang sama dengan konsep demokrasi sebelum liberal.


Salah satu tujuan akhir Gerakan Progresif adalah untuk membawa manfaat dari ilmu pengetahuan terhadap cabaran keperluan sosial. Untuk ini, Persatuan Sains Sosial Amerika ditubuhkan pada 1863 untuk menetapkan peningkatan jumlah ahli akademik yang muncul di universiti Amerika. Jurnal sains pertama yang diterbitkan di Amerika yang bertujuan untuk mengembangkan ilmu sosial, Jurnal Sains Sosial (Mills, 1998)


















































Hukum Kesediaan



Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.


Hukum Latihan


Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.


Hukum Kesan


Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.


Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah:


• Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.


• Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.


• Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.


• Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar.


• Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.






Implikasi Teori Terhadap Pelaziman Klasik dan Operan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran



Teori Behavioris:


Setiap teori pembelajaran yang dikemukakan memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran secara tersendiri. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris yang dipelopori oleh John Broadus Watson, Ivan Petrovich Pavlov, Edward Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner. Dalam teori mereka, mereka memberi beberapa fokus dalam pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan modifikasi tingkahlaku.


Pelaziman Klasik oleh Pavlov dan Watson:


• Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim.


• Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing.


• Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya.


• Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.


• Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran.


• Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik.


• Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan “guli” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji guli kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan guli disertakan dengan sebiji guli untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan guli apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya.


• Malah, guru perlu membimbing murid-murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan.


• Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali.


• Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan.


• Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.


Pelaziman Operan oleh Skinner


 Manakala, teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan kepada peneguhan diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif.


 Melalui kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus, dapatlah disimpulkan bahawa tingkahlaku yang disertai dengan pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa akan datang.


 Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak menyeronokkan dan responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.


 Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.


 Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif.


 Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.


 Malah, guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.


Hukum Kesan oleh Thorndike


Teori yang dikemukakan oleh Edward Thorndike ini terdapat pertindahan untuk dikelaskan. Dalam sesetengah sumber, ia dikategorikan dalam teori pelaziman, dan sesetengahnya pula pengklasifikasikan sebagai Hukum Kesan. Thorndike menjalankan kajian ke atas kucing yang sedang lapar dibiarkan di dalam sangkar yang mempunyai penyendal untuk membuka pintu sangkar tersebut dan kucing tersebut boleh mendapatkan makanan yang berada di luarnya setelah beberapa kali berusaha untuk mendapatkan makanan tersebut. Dalam teorinya, terdapat tiga jenis hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan.


Implikasi teori Thorndike dalam P&P ialah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. Selain daripada itu, ia mampu mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan sosial dan material. Malah, teori ini juga menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.