Teori Pembelajaran Sosial

1.0 Sejarah Teori/Model Pengajaran



Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986) melalui tulisannya Social Foundation Of Through and Action yang menerangkan kerangka Teori Kognitif Sosial.Teori Pembelajaran ini telah dinamakan semula Teori Kognitif Sosial Bandura sendiri (Moore:2002).Beliau telah dianggap sebagai Ahli Psikologi Kognitif kerana dalam teorinya beliaau telah menyatakan bahawa pembentukan tingkahlaku merupakan satu hasil daripada dua faktor iaitu faktor motivasi dan mekanisme kawalan diri.Ini bermakna dari sudut perspektif teori Pembelajaran Sosial, manusia merupakan makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa dan berkomunikasi dengan orang lain.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).

Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura pembentukan sesebuah tingkah laku boleh berlaku melalui beberapa cara, iaitu:


1. Meniru secara langsung


Proses meniru secara langsung iaitu melihat model sendiri secara langsung atau secara tidak lansung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.


2. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan


Proses peniruan daripada sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku. Murid-murid juga meniru melalui tidak sekat lakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. Inilah merupakan peniruan melalui tidak sekat lakuan.


3. Peniruan melalui elisitasi


Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinganan Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.



2.0 Biodata dan foto berkenaan pengasas Teori Pembelajaran Sosial.

Albert Bandura telah dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1925 di sebuah pekan kecil Mudera terletak di Utara Alberta Kanada.Dia merupakan anak lelaki bongsu tunggal daripada 6 orang adik beradik.Keluarganya berasal daripada keturunan Timur Eropah.Kedua ibu bapanya telah berpindah ke Kanada ketika dia telah dewasa.Bapa Albert Bandura berasal daripada Krakow, Poland.Manakala ibunya pula berasal daripada Ukaraine.Kedua ibu bapanya sentiasa mengutamakan nilai dan mutu pendidikan walaupun ibu dan bapanya tidak pernah mendapat pendidikan secara formal.Sebagai contoh, ayah beliau sendiri mengajar beliau dan menggalakkan beliau untuk bertutur dalam tiga bahasa iaitu Polish, Russia dan Jerman.

Bagi pendidikan awal dan tinggi Bandura hanya bersekolah di satu-satunya sekolah yang terdapat di kawasan pekan tempat tinggalnya itu.Akibat kekurangan guru dan bahan bagi melalui proses pembelajaran banyak murid yang akan ketinggalan, kecuali bagi murid yang mempunyai inasiatif dan usaha sendiri.Walaupun sekolah itu berada dalam keadaan serba kekurangan, namun sekolah tersebut telah berjaya menghasilkan ramai siswazah yang berjaya dalam bidang masing-masing.Setelah tamat pengajian di sekolah tinggi,Bnadura telah bekerja di Yukon bagi ememnuhi masa lapang dengan bekerja mengisi lubang untuk melindungi Jalan Raya Alaska daripada tenggelam terus-menerus.


Bagi meneruskan pengajiannya, Bandura telah pergi ke Unversisti British Columbia di Vancouver.Bnadura telah memilih bidang psikologi sebagai pilihan utama.Setiap pagi Bandura akan ke kelas dengan menumpang kereta rakannya seorang mahasiswa perubatan dan kejuruteraan yang mana sentiasa memulakan hari mereka dengan awal kerana kuliah yang bermula awal.Denagn itu dia telah memutuskan untuk mengambil kelas awal dan mengisi ewaktu kul;iahnya pada slot waktu yang awal.Akhirnya dia menjadi terlalu berminat dan menyintai bidang psikologi.Tiga tahun selepas itu, pada tahun 1949, Banadura telah lulus dengan mendapat anugerah Bolocan dalam bidang Psikologi.Anugerah penghargaan ini hanya diberikan kepada mahasiswa yang top dan cemerlang dalam bidang psikologi sahaja.


Bandura telah meneruskan pengajiannya di peringkat pasca sarjana di University of Lowa. Di snalah dia menjadi tertarik dengan tradisi Behavioris dan Teori Pembelajaran.Bandura telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan gelaran doktor.Semasa belajar di Lowa dia telah bertemu denagn Virginia Varns seorang pensyarah di di Kolej Kejururawatan.Virginia dan Bandura telah berkahwin pada tahun 1952 dan mendapat dua orang cahaya mata perempuan.Anak sulung mereka iaitu Mary talah lahir pada tahun 1954 dan anak kedua mereka telah lahir pada tahun 1958.Setelah lulus dari Lowa, Bandura mengambil posisi pasca doktor di Wichita Guardian Centre di Wichita. Pada tahun berikutnya, pada tahun 1953, beliau telah diterima untuk mengajar di Stanford sehingga kini.


Di Stanford, Bandura telah mula bekerja dengan bertumpukan pada bahagian pola keluarga yang menyebabkan kanak-kanak menjadi agresif.Karyanya tentang penyebab pencerobihan keluarga yang telah dilakukannya dengan kerjasama bersama Richard Walters, seorang mahasiswa pascasarjana pertama, mereka telah menjalankan kajian terhadap cara mengenalpasti peranan sentralpembelajaran terhadap orang lain. Bandura dan Walters mendapati bahawa hiper-agresif remaja akibat daripada mempunyai orang tua yang bersikap suka bermusuhan.Ini disebabkan ibu bapa mengajar anak mereka menjadi keras dan menyelesaikan masalah perselisihan denagn teman sebaya secara fizikal jika perlu.Dengan itu remaja menjadi model sikap bermusuhan agresif orang tua mereka.Hasil penemuan ini telah mendorong Bandura untuk menhasilkan Buku pertama Bandura iaitu Adolescent Agression dan buku seterusnya beberapa tahun kemudian Agression, sebuah buku analisis belajar sosial.


Setelah mendapatkan rasa lebih baik tentang bagaimana orang belajar melalui pemerhatian, Bandura diperpanjang pekerjaan ini untuk pemodelan abstrak perilaku Peraturan-ditetapkan ("Albert Bandura", nd). Hasil dari pekerjaan ini dipimpin Bandura untuk melakukan program penyelidikan tentang pemodelan sosial menggunakan boneka "tiup Bobo". Anak-anak yang menyertai dalam kajian tersebut terkena model baik perilaku kekerasan atau bukan-kekerasan menunjukkan terhadap boneka Bobo. Anak-anak yang dilihat model kekerasan kemudian dipaparkan bentuk pencerobohan terhadap boneka Bobo sedangkan anak-anak dalam kumpulan kawalan jarang melakukannya. Keputusan ini menunjukkan bahawa anak-anak ini telah mengubah perilaku mereka dengan hanya mengamati model dan tidak diperkuatkan peribadi. Penemuan ini bertentangan dengan teori belajar Behavioristik standard (Boeree, 1998). Bandura juga bersetuju bahawa kelakuan manusia boleh diubah melalui penguatan, tapi ia juga menyarankan, dan menunjukkan secara empirik, bahawa individu boleh mempelajari perilaku tanpa mengalami penguatan langsung (Schultz & Schultz, 2004).



3.0 Prinsip/Konsep Teori Pembelajaran Sosial.

Antara konsep dan kajian yang telah dikemukakan oleh Bandura ialah Konsep Triadic Deterministic Timbal Balik.Menurut Bandura, beliau telah mempersetujui bahawa tingkah laku adalah hasil gabunagn yang kompleks antara proses dalaman dan persekitaran yang saling berhubung kiat dan mempengaruhi antara satu sama lain (Bandura, 1971;Ryckman 1997).Proses dalaman ini adalah melibatkan antara penagalaman yang pernah dilalui oleh individu yang boleh diukur serta pengalaman yang jelas.


Konsep Triadic Deterministic Timbal Balik yang diasaskan oleh Bandura menyatakan bahawa faktor kognitif dan peribadi , tingkah laku dan persekitaran yang saling berhubung kait dan mempengaruhi natara satu sama lain (Bandura 1986;Ryckman 1997).Pendapat Bandura telah menyatakan bahawa cara seseorang bertindak terhadap peristiwa hidupnya bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi berlaku secara aktif yang dapat membina dan mereka berusaha untuk mengubah persekitaran mereka.Peristiwa yang dialami dan diingati oleh seseorang akan menentukan bagaimana cara seseorang untuk mentafsir, mengorganisasi dan bertindak untuk menangani peristiwa tersebut (Bandura 1978;Ryckman 1977). Maklum balas keatas tingkah laku yang dipamerkan sama ada positif dan negatif. negativeakan mempengaruhi pemikiran seseorang dan cara bertindak terhadap sesuatu situasi yang dihadapinya.


Contoh yang dapat menjelaskan interaksi antara faktor kognitif, peribadi, tingkah laku dan persekitaranadalah tabiat atau kebiasaan seseorang adalah sewaktu dia sedang menonton televisyen.Minat dan kebiasaan seseorang akan membantunya untuk memilih masa dan program yang sesuai pada masa hadapan. Cara program televisyen dirancang akan membentuk tabiat dan menentukan program yang diminati oleh seseorang.




4.0 Maklumat Lengkap Tentang Teori Pembelajaran Sosial


Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung.


Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran dan pemerhatian.


5.0 Foto, rajah dan jadual


Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.




6.0 IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



• Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.


• Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


• Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.


• Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.


• Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif.


Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


• Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.


• Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang.


• Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.


• Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar.


• Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat.


• Hasilan guru dapat kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi.


• Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model.


• Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.




7.0 TEKNIK SWOT TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


1.KEKUATAN

• teori ini manusia belajar melalui pemerhatian atas tingkah laku orang lain.


• murid dapat berinteraksi dengan guru.


• murid dapat berkongsi idea, pengalaman bersama rakan

 2.KELEMAHAN

• murid akan meniru sesuatu tingkah laku sekiranya diberi ganjaran.


• kanak-kanak menjadi agresif setelah mereka meyaksikan suatu perbuatan agresif atau ganas.






3.PELUANG ATAU KESEMPATAN

• tahap kemampuan murid untuk memperolehi adalah pada tahap yang berbeza.


• murid dapat mempelajari sesuatu mengikut tahap mereka.



4.ANCAMAN

• Murid mengharapkan ganjaran sebelum melakukan sesuatu


• Guru membuat keputusan dan bukan murid