Model Pengajaran Personal

SEJARAH




Model pengajaran personal adalah salah satu model pengajaran. Model ini mengemukakan tiga jenis model personal iaitu,:


1) Pengajaran fasilitatif : berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Rogers dan berpusatkan murid.


2) peningkatan kesedaran kendiri : bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penuaian potensi masing-masing.


3) Synectics : memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.


Dalam bab ini, hanya satu model sahaja yang akan diterangkan iaitu model synectics.






MODEL SYNECTICS


 Istilah synectics diambil dari bahasa Yunani, yang merupakan gabungan kata syn bermaksud menggabungkan dan ectics bererti unsur yang berbeza.


 Dicipta pada mulanya untuk bidang industri.


 Diubahsuai oleh Gordon (1961) untuk di aplikasikan dalam proses pengajaran.


 Model ini direka bentuk bagi menyelesaikan masalah pembelajaran dalam aktiviti penulisan dan lain-lain.




BIODATA PENGASAS


NAMA: William J. J. Gordon. (9 September 1919 – 30 Jun 2003)


KETERANGAN : seorang ahli psikologi, dikenali sebagai pengasas teori synectics. Penemuan ini berlaku semasa beliau bekerja di Invention Design Group of Arthur D. Little. Gordon belajar di University of Pennsylvania pada tahun 1937 dan 1938, tetapi menurut rekod universiti, beliau tidak menerima ijazah. Dia juga anak bongsu kepada Nathan H. Gordon, penerbit filem.



PRINSIP DAN KONSEP


 Konsep pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.(Mok Song Sang, 2004)


 Menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif.


 Satu bentuk pemikiran yang kreatif dan menggalakan pelajar untuk melontarkan idea-idea bagi mendapatkan satu bentuk pemikiran yang baru.


 Menggalakan hubungan yang erat dan kemesraan di kalangan sesama ahli .


 Menghasilkan suasana yang ceria samada secara individu ataupun berkumpulan.



MAKLUMAT LENGKAP TEORI SYNECTICS


 Synectics adalah penyelesaian masalah pembelajaran yang merangsang proses penulisan dan lain-lain. Kaedah ini telah asaskan oleh George M. Putera (5 April 1918-9 Jun 2009) dan William JJ Gordon, yang bekerja di Arthur D. Little Invention Design Unit pada 1950-an. Mereka mendirikan Synectics Inc (sekarang Synecticsworld).


Mengikut buku Murid dan Alam Belajar oleh Choong Lean Keow, perkataan synectics ini pada mulanya digunakan dalam bidang industri, kemudian di ubahsuai oleh Willian Gordon untuk pengggunaan sekolah rendah dan menengah. Model ini direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang lain-lain.


Dalam konteks bilik darjah, murid-murid kita akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.


Melalui sumbangsaran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas daripada kongkongan pemikiran bersifat rigid. Akibatnya, mereka akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan perspektif yang baru. Tambahan pula, ia dapat memupuk kemesraan antara satu sama lain serta menggalakkan penglibatan yang aktif.


FOTO, RAJAH DAN LAIN-LAIN

Contoh pengurusan grafik model synectics.


IMPLIKASI MODEL SYNECTICS TERHADAP P&P


 Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.


 Murid-murid akan mengikut isatu siri bengke lsehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperati






ANALISIS TEORI SYNECTICS BERDASARKAN TEKNIK SWOT.


1) STRENGTH (Kekuatan)


a. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.


b. Saling berinteraksi secara bersemuka.


c. Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.



2) WEAKNESS (Kelemahan)


a. Fokus pada pembentukan peribadi sahaja.


b. Memerlukan latihan kesedaran untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri.



3) OPPORTUNITY (peluang)


a. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi.


b. Murid dapat meneroka untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri.



4) THREAT (Rawatan)


a. Tahap pemikiran murid yang berbeza-beza.


b. Pengawasan guru adalah penting.


RUJUKAN




BUKU


1) Choong Lean Keow (2009). Murid dan alam belajar untuk program ijazah sarjana muda perguruan (Terbitan kedua). Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


2) Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi: Murid dan alam belajar(Terbitan pertama). Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


INTERNET


1) Norehan Saim (2010, Ogos 15). Implikasi model pengajaran personal. Diakses pada Ogos 16, 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/17097218/-Murid-Dan-Alam-Belajar


http://en.wikipedia.org/wiki/William_J._J._Gordon


http://www.synecticsworld.com/index.cfm?id=13024


http://www.writedesignonline.com/organizers/synectics.html