Teori Pembelajaran Kognitif

Hierarki Pembelajaran – Robert Mills Gagne





Sejarah Teori



• Pembelajaran adalah bersifat kumulatif dimana perkembangan intelek kita disifatkan sebagai pembentukan struktur kebolehan yang semakin kompleks.



• pembelajaran dianggap sebagai satu mekanisme yang membantu kita untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna



• pembelajaran akan mengakibatkan terhasil pelbagai tingkahlaku manusia.



• hal ini merujuk kepada pelbagai kebolehan yang memerlukan ransangan daripada persekitaran dimana kita berada.





Prinsip Teori



1) Penglibatan Aktif



a. Murid-murid hanya menerima sebaran maklumat yang disampaikan.



b. Mereka akan mengembangkan maklumat melalui penglibatan aktif semasa proses P&P.




2) Perkaitan dan Corak Konstruktivisme



a. Dibentuk dan diuji sambil murid-murid mencari makna berhubung dengan situasi pembelajaran




3) Pembelajaran Informal



a. Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam konteks bilik darjah mengikut jadual yang ditetapkan tetapi boleh berlaku dimana sahaja dan pada bila-bila masa.




4) Pengalaman Langsung



a. Amat penting dalam konteks sebenar agar tidak berlakunya konsepsi yang salah akibat Penglibatan Aktif dan Pembelajaran Informal





5) Situasi Mendesak



a. Melangkau pengalaman langsung dan melibatkan kesan yang sebenar bagi menjadikan pembelajaran lebih mencabar dan menarik




6) Maklum Balas Berterusan



a. Diberi oleh guru dan rakan sepanjang proses P&P sebagai insentif dan pemulihan




7) Suasana Menyeronokkan



a. Maklum balas melibatkan interaksi dan sokongan peribadi agar menjadi lebih berkesan




8) Refleksi



a. Membolehkan murid mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka.



b. Memupuk kemahiran penilaian kendiri serta memberi gambaran tantang apa yang berkesan dan penambahbaikan.



 
 
Konstruktivis Kognitif – Jean Piaget



Sejarah Teori



• Tingkahlaku di kawal melalui struktur mental yang dipanggil skema. Manusia menggunakan skema untuk mewakili dunia serta mengambil tindakan ke atas sesuatu perkara.



• Adaptasi dikawal oleh satu desakan biologi agar dapat mengimbangkan skema dengan persekitaran. Ianya dipanggil ekuilibrasi.



• Manusia menggunakan dua proses untuk membuat adaptasi dengan persekitaran, iaitu asimilasi dan akomodasi.



• Asimilasi – proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif sedia ada. Berlaku sepanjang masa kerana manusia sering memproses pelbagai jenis maklumat dan pengalaman.



• Akomodasi – proses menempatkan maklumat atau pengalaman baru atau mengubah skema sedia ada. Berlaku apabila berdepan dengan maklumat atau pengalaman baru.



• Semakin skema bertambah kompleks, semakin ia akan berubah menjadi struktur kognitif.



• Semakin struktur kognitif menjadi lebih kompleks, semakin ia akan disusun mengikut hirarki (umum kepada khusus).



Prinsip Teori



• Proses yang manusia lalui untuk mengetahui sesuatu



• peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut

Pembelajaran Bermakna – David Ausubel



Sejarah Teori



• diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif



• bermula dengan sesuatu yang umum kemudian berakhir dengan yang khusus



• berguna dalam proses pemindahan pengetahuan dimana murid-murid akan berpandukan kepada hokum-hukum yang berkaitan untuk memikirkan contoh yang spesifik



• dua proses berlaku pembelajaran bermakna:



a) Derivative subsumption – Situasi pembelajaran dimana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah dipelajari



b) Correlative subsumption – Bagi memahami maklumat baru ini, murid perlu mengubah atau mengubahsuaikan konsep lama.



Prinsip Teori



• Bagi memastikan kita akan menyampaikan bahan baru dengan berkesan terlebih dahulu kita perlu meningkatkan stability dan kejelasan struktur kognitif murid-murid kita



• Kurikulum biasanya disusun mengikut urutan dimana setiap unit pembelajaran yang berikutan adalah berhubungkait dengan yang sebelumnya.



Pembelajaran Celik Akal – Wolfgang Kohler



Sejarah Teori



• Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu).



• Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut.



• Kajian lain. Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan.



• Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut.



• Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung.



• Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut.



• Kedua-dua eksperimen membuktikkan tiga perkara:



a) pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi haiwan terhadap penyelesaian yang sesuai.



b) pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata



c) setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa.



Prinsip Teori



• Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak.



• Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.




 
Pembelajaran Penemuan – Jerome Seymour Bruner



Sejarah Teori



• belajar itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.



• Belajar penemuan meningkatkan penalaran dan kemampuan berfikir secara bebas dan melatih keterampilan-keterampilan kognitif untuk menemukan dan memecahkan masalah.



• berpendapat bahwa kegiatan belajar akan berjalan baik dan kreatif jika pelajar dapat menemukan sendiri suatu aturan atau kesimpulan tertentu. Dalam hal ini Bruner membezakan menjadi tiga tahap iaitu:



a) tahap informasi, iaitu tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru.



b) tahap transformasi, iaitu tahap memahami, mencerna dan menganalisis pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain



c) evolusi, iaitu untuk mengetahui apakah hasil tranformasi pada tahap kedua tadi benar atau tidak.



Prinsip Teori



a) Pembelajaran ialah satu proses sosial aktif dimana murid-murid membina idea baru berasaskan pengetahuan sedia ada.



b) Berlaku dalam tiga langkah :



• Enaktif (berasaskan tindakan). Bagi memudahkan pemahaman murid, penting mereka menimba pengetahuan yang konkrit.



• Ikonk (berasaskan imej). Murid berkebolehan untuk mewakilkan bahan secara grafik atau mental.



• Simbolik (berasakan bahasa). Murid berupaya menggunakan logik, kemahiran berfikir aras tinggi dan sistem simbol.



c) Pengetahun dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.



d) Pecutan disebabkan oleh pemahaman satu-satu konsep yang mengambil masa untuk dikuasai.



e) persekitaran dimana kita berada memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman



f) murid lebih mudah memperoleh pengetahuan apabila mereka menemuinya sendiri.





Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran



Teori Pembelajaran Celik Akal : W. Kohler



1) Guru perlu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.





2) Guru perlu membimbing murid menghubungkait unsur-unsur dalam persekitaran dengan menggunakan persepsi mereka.





3) Menyampaikan pelajaran mengikut turutan bagi membolehkan murid menerima pengajaran mengikut kemampuan mereka. Sebagai contoh pengajaran matematik di kelas dimulakan dengan konsep yang mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat.




4) Mengambil kira aspek pengalaman dan tahap kebolehan murid dalam pengajaran kemahiran baru. Guru perlu peka terhadap perbezaan murid dan menggunakan teknik dan strategi pengajaran yang sesuai.







Teori Pembelajaran Kognitif : Jean Piaget



1) Isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan oleh seseorang guru mestilah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus serta mengikut perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut.



Sebagai contoh, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu. Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas.



Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat dan setiap peringkat mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran.



1) Peringkat Sensorimotor (semenjak lahir hingga 2 tahun)



• Pada peringkat ini org dewasa mestilah menunjukkan contoh yang baik kerana kanak-kanak akan mudah melakukan imitasi terhadap tingkah laku yang dilihat atau diperhatikan.



2) Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 tahun)



• Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Hal ini adalah kerana pada tahap ini kanak-kanak lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka terhadap sesuatu objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata.



Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud untuk mempelajari konsep bentuk seperti kuih donat untuk bentuk bulat dan sandwich untuk bentuk segi tiga.



• Arahan yang diberikan mestilah ringkas dan disertai dengan contoh. Hal ini demikian kerana kanak-kanak pada tahap ini masih belum berupaya untuk berfikir secara logik dan rasional terhadap sesuatu perkara. Contoh yang diberikan akan membantu mereka memahami arahan yang diberikan dengan lebih baik lagi.



Sebagai contoh, guru membuat demonstrasi cara melakukan sesuatu dan menyatakan langkah yang diambil secara sistematik dan teratur.



• Kanak-kanak pada tahap ini susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak pada peringat pra operasi mempunyai sikap egosentrik yang tinggi iaitu mereka melihat dan memahami persekitaran hanya melalui perspektif sendiri dan menyangka orang lain juga mempunyai perspektif yang sama.



Sebagai contoh, teguran yang ingin diberikan oleh guru mestilah mengambil kira sudut pandangan kanak-kanak tersebut.



• Oleh sebab setiap simbol yang digunakan oleh kanak-kanak untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami adalah berbeza-beza, maka penggunaan perkataan untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka hendaklah sesuai dan sentiasa diberi perhatian. Hal ini adalah kerana kadang-kala sesuatu perkataan yang diujarkan memberi banyak makna atau membawa makna yang berlainan kepada mereka.



• Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan “hands-on” terhadap sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Bantu kanak-kanak untuk berdikari dan menguasai kemahiran.



Sebagai contoh, membentuk huruf menggunakan doh.



• Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Pembelajaran bukan sahaja boleh dilakukan di dalam bilik darjah, tetapi juga di luar bilik darjah seperti taman permainan, padang dan sebagainya. Hal ini adalah bagi memperkaya ingatan dan fikiran kanak-kanak.



Sebagai contoh, guru membawa murid (kanak-kanak) ke zoo untuk memperkenalkan murid dengan haiwan.



3) Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)



• Teruskan penggunaan bahan yang konkrit yang mampu menarik perhatian terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru. Hal ini adalah kerana pada peringkat ini pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka.



Sebagai contoh model-model tiga dimensi (3D) seperti haiwan dan tumbuhan untuk mewakili objek-objek yang baru dipelajari.



• Sistem pemikiran kanak-kanak pada tahap ini masih lagi terikat dengan situasi fizikal di mana kanak-kanak boleh menyusun, mengelas dalam situasi yang berbentuk konkrit. Oleh yang demikian beri peluang kepada kanak-kanak untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar serta bimbing mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Jika boleh biarkan mereka meneroka sendiri kemahiran yang diajar.



Sebagai contoh, membuat eksperimen dalam subjek Sains seperti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pengaratan besi.



• Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah secara ringkas dan tersusun untuk meningkatkan keupayaan berbahasa dan peluang meluahkan idea kerana pada tahap ini pemikiran kanak-kanak sudah boleh memahami dan menerima pandangan orang lain.



• Contoh-contoh yang diberikan mestilah berkait rapat dengan pengalaman kanak-kanak bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap perkara-perkara kompleks.



• Biasakan kanak-kanak dengan soalan-soalan penyelesaian masalah berbentuk analitik dan logik serta langkah penyelesaian yang mudah dan sistematik.



4) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)



• Untuk konsep-konsep yang lebih kompleks, gunakan bahan yang konkrit sebagai ilustrasi. Walaupun pada tahap ini murid sudah boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea secara abstrak, bahan-bahan konkrit tersebut boleh membantu mereka dalam proses pemahaman.



Sebagai contoh, penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah dan pengalaman murid sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.



• Memberi peluang kepada murid untuk mencari alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis sendiri terhadap sesuatu perkara. Hal ini adalah kerana pada peringkat ini murid sudah boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Peluang menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri akan menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif.



• Sentiasa memberi peluang kepada murid menyelesaikan sesuatu masalah dan sebab kepada penyelesaian masalah tersebut. Menyuruh murid menggemukakan idea mereka dan memberi pendapat berdasarkan idea yang telah dibentangkan.



• Menyatakan sesuatu konsep secara meluas dan tidak terhad kepada fakta sahaja. Galakkan murid meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Hal ini adalah kerana pada tahap ini murid sudah bole melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Terima pendapat murid dan cuba membimbing murid untuk belajar menerima pendapat orang lain kerana pada peringkat ini egosentrik remaja telah muncul. Mereka lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran sendiri selain sukar untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain.





Teori Pembentukan Konsep : J. Bruner

1) Bruner telah mengemukakan empat prinsip utama pengajaran-pembelajaran iaitu prinsip motivasi, prinsip struktur, prinsip sekuen dan prinsip peneguhan. Setiap daripada prinsip-prinsip tersebut terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.



a) Prinsip motivasi



• Kanak-kanak mempunyai dua jenis motivasi semula jadi. Salah satunya ialah intrinsik ingin tahu. Oleh itu guru harus memberi peluang kepada murid meneroka sendiri aktiviti pengajaran agar tidak menjejaskan motivasi tersebut.



• Bagi mengekalkan motivasi dorongan mencapai kecekapan, guru haruslah merancang isi pelajaran selaras dengan kebolehan dan perbezaan individu agar murid mendapat peluang merasai kegagalan dan kejayaan.



b) Prinsip struktur



• Proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Bruner mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak, iaitu mengajar perwakilan simbol dengan menggunakan bahan maujud, demonstrasi atau ilustrasi.



c) Prinsip sekuen atau turutan



• Bahan pengajaran mesti disusun mengikut urutan yang spesifik supaya murid supaya murid dapat memahaminya. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan murid memproses maklumat selain mengekalkan minat murid dalam pembelajaran. Antara turutan yang yang dicadangakan termasuklah konkrit kepada abstrak, tahap asas kepada tahap canggih, separuh konkrit kepada perwakilan simbol dan berkembang mengikut tahap kesukaran.



d) Prinsip peneguhan



• Guru perlu memberi maklumbalas terhadap prestasi dan kemajuan murid serta biarkan murid meneroka sendiri pelajaran untuk membentuk peneguhan positif dalam dirinya.



2) Murid-murid belajar melalui pengalaman. Oleh yang demikian guru seharusnya memberikan pengalaman belajar yang pelbagai untuk menjadikannya lebih bermakna.



3) Bruner mencadangkan agar guru memberi banyak contoh semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan supaya murid boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan.



4) Penekanan juga diberikan kepada motivasi intrinsik dan ektrinsik. Guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang ingin ditonjolkan. Dalam jangka panjang, motivasi intrinsik lebih dipentingkan.



5) Berdasarkan pemerhatian dan kajian pada tahun 1963, Bruner dan pembantunya, Kenney telah berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:



a) Teorem Pembinaan



Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.



b) Teorem Tatatanda



Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.



c) Teorem Kontras dan Variasi



Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.



d) Teorem Perhubungan



Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.



 
 
Teori Pembelajaran Resepsi : Ausubel



1) Mengaitkan konsep, prinsip dan hukum yang sedia ada jika ingin mengajar konsep, prinsip dan hukum yang baru. Hal ini bagi membolehkan sesuatu maklumat yang baru boleh dikaitkan dengan konsep atau maklumat yang sedia ada (asimilasi) dan boleh dikembangkan menjadi sesuatu konsep yang lebih kompleks (akomodasi).



2) Menggunakan pengelola awal sebagai motivasi pembelajaran di peringkat permulaan. Pengelola awal adalah teknik penyampaian maklumat berbentuk bahasa atau bahan pelajaran dengan tujuan proses asimilasi dapat dijalankan dengan berkesan.



3) Pendekatan induktif, deduktif atau gabungan kedua-duanya digunakan semasa mengajar konsep, prinsip dan hukum.



Untuk pendekatan induktif gunakan contoh-contoh khusus tetapi berkaitan dan bimbing murid membuat generalisasi, konsep, prinsip atau hukum dengan tepat.



Untuk pendekatan pula gunakan konsep, prinsip atau hukum yang telah dipelajari dan bimbing murid mengaplikasikannya dalam contoh-contoh khusus atau membentuk konsep, prinsip dan hukum yang baru.



4) Menggunakan pembelajaran resepsi yang bermakna dengan cara menyusun isi pembelajaran secara sistematik dan berperingkat supaya murid dapat mengikutinya secara berkesan.



5) Bimbing murid membuat diskriminasi melalui perbandingan ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara perkara atau konsep yang dipelajari.



6) Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut



• Guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah



• Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan murid mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran



 Biodata J. Piaget



Jean Piaget telah dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland. Beliau merupakan seorang ahli biologi dan ahli psikologi yang agung dalam bidang pendidikan.



Beliau mendapat latihan awal dalam bidang biologi dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang tersebut seawal umur 25 tahun. Tetapi kajiannya lebih tertumpu terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. beberapa pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan yang teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan perkembangan. Walau bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar Mohamed, 2001).



Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di Geneva.



 
Teori Pemerosesan Maklumat : R. M Gagne



Gagne telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran atau hierarki pembelajaran dan setiap satunya mempunyai implikasi tersendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



1) Pembelajaran isyarat



Pembelajaran isyarat boleh dijalankan pada peringkat awal. Hal ini adalah kerana murid akan bergerak balas atau belajar melalui isyarat yang diberikan. Sebagai contoh, guru menunjukkan kad perkataan sambil mengimbaskan kad gambar.



2) Pembelajaran gerak balas



Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerakbalas. Untuk mengekalkan gerak balas yang positif, guru perlu memberi peneguhan secara konsisten dan tekal.



3) Rangkaian motor



Guru perlu memasukkan kemahiran lain dalam pembelajaran seperti permainan, muzik dan seni. Rangkaian tersebut merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Selain itu guru perlu menggunakan prinsip ulangan dan membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar.



4) Pertalian bahasa



Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Guru perlu mengaplikasi kemahiran bahasa yang telah dipelajari oleh murid supaya murid dapat menyatakan sesuatu prinsip untuk mengaitkan fakta, data dan konsep yang dipelajari.



5) Pembelajaran diskriminasi



Guru perlu membimbing murid-murid mencirikan sesuatu sesuai dengan kepentingannya. Hal ini bagi memudahkan murid mengkategori dan seterusnya menyimpan data tersebut dalam ingatan. Pembelajaran diskriminasi ini penting kerana pelajar dapat menapis maklumat penting dari maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengenkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.



6) Pembelajaran konsep



Murid perlu didedahkan dengan banyak contoh supaya untuk membentuk konsep yang betul dan tepat. Contoh-contoh yang diberikan mestilah sesuai dan jelas bagi memudahkan pemahaman murid.



7) Pembelajaran hukum



Guru menggabungkan dua atau lebih konsep dalam sesuatu turutan atau rangkaian dan melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan perbandingan, anlogi dan aplikasi ketika mengendalikan pembelajaran hukum. Seseorang guru perlu:



• memberikan maklumat yang mencukupi.



• Membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam hukum berkenaan.



• Membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven.



• Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari.



• Menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu.



8) Penyelesaian masalah



Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu memberikan panduan dan cadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini menjadikan tugasan itu terlalu senang dan kurang mencabar.





Biodata pelopor Teori Pembelajaran Kognitif



Biodata W. Kohler



Nama sebenar beliau ialah Wolfgang Kohler. Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1887 di Port City di Reval, Estonia, Rusia. W. Kohler ialah seorang ahli psikologi Jerman dan ahli logik fenomena atau phenomena logist yang bermastautin di Amerika Syarikat pada abad ke 20.



W. Kohler mendapat pendidikan tinggi di Tubingen Universiti pada tahun 1905 sehingga 1906. Pada tahun 1906 hingga 1907, beliau menyambung kembali pelajarannya di Bonn Universiti dan seterusnya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah atau PhD dalam bidang psikologi pada tahun 1909 di Berlin University.



Antara sumbangan terbesar W. Kohler ialah beliau pernah dilantik sebagai Presiden American Psychological Association atau APA selain menjadi pengasas kepada Psikologi Gestalt bersama-sama dengan Max Wertheimer serta Kurt Koffka. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Kolej Darthmouth pada tahun 1958 sehinggalah beliau meninggal dunia. W. Kohler telah meninggal dunia pada 11 Jun 1967 di Hanover, New Hampshire.



Sepanjang penglibatannya dalam dunia psikologi dan logik, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku. Antaranya termasuklah The Mentality of Apes, Gestalt Psychology, The Place of Value in World of Facts, Dynamic in Psychology, Gestalt Psychology Today dan The Task of Gestalt Psychology.


Biodata Jerome Bruner

Jerome Bruner merupakan seorang ahli psikologi abad ke 2o yang paling terkenal. Beliau dilahirkan dalam tahun 1915. Pada tahun 1941 beliau mendapat pendidikan tertinggi Doktor Falsafah atau Ph.D. dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard.



Beliau bertugas sebagai profesor Psikologi di Universiti Harvard di Amerika Syarikat dan dilantik sebagai Pengarah di Pusat Pengajaran Kognitif dari tahun 1961 sehingga 1972, dan memainkan peranan penting dalam perancang struktur kurikulum matematik moden atau Projek Madison di Amerika Syarikat. Setelah itu, beliau menjadi seorang Profesor Psikologi di Universiti Oxford di England.



Beliau masih aktif dalam bidang penulisan terutamanya dalam bidang teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Kebanyakan karya yang dihasilkan merupakan hasil penyelidikannya sendiri. Kebanyakan negara menjadikan karya-karya tersebut terutamanya buku “The Process of Education” sebagai bahan rujukan penting bagi penggubalan kurikulum matematik moden. Malah karya tersebut dan juga karya “Towards a Theory of Instruction” telah diiktiraf sebagai buku-buku klasik yang dibaca oleh para pendidik seluruh dunia.



Sepanjang perkhidmatannya, Dr. Bruner telah banyak menerima anugerah dan penghormatan. Antaranya termasuklah International Balzan Prize, CIBA Gold Medal for Distinguished Research, dan Distinguished Scientific Contribution Award of the American Psychological Association.







Biodata Ausbel (1918-2008)



Nama sebenar beliau ialah David Paul Ausbel. Ausbel telah dilahirkan di New York pada 25 Oktober 1918dan membesar di Brooklyn. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Amerika.



Beliau menyambung pelajaran selepas tamat sekolah tinggi dalam bidang Psikologi dan mendapat Ijazah dengan Kepujian di University of Pennsylvania pada tahun 1939. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Middlesex pada tahun 1943. Beliau telah mendapat M.A dan juga Ph.D dalam bidang Pembangunan Psykologi dari Universiti Kolumbia pada 1950.



Beliau telah berkhidmat di fakulti di beberapa buah universiti dan telah bersara daripada dunia akademik pada tahun 1973. Selepas bersara beliau mula menceburkan diri dalam bidang psikiatri pula. Dr. Ausbel telah mnerbitkan beberapa buah buku teks dan lebih daripada 500 artikel mengenai pembangunan dan pendidikan psikologi. Pada 1976 beliau telah dianugerahkan Anugerah Thorndike untuk "Distinguished Psychological Contributions to Education" dari American Psychological Association




Biodata R. M. Gagne



Robert Mills Gagne lahir pada 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau merupakan ahli psikologi pendidikan Amerika. Beliau mendapat Ijazah Pertama pada tahun 1937 dari Yale University dan seterusnya menerima Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940.



Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di beberapa buah institusi termasuklah Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969). Selain itu, beliau juga adalah seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado di samping bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Gagne juga pernah menjawat jawatan sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Aspek



Huraian

Kekuatan (Strengths)

1. Membolehkan ibu bapa atau guru menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget. Hal ini dapat menggalakkan perkembangan kognitif yang positif dalam diri kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa.


2. Berdasarkan teori pembelajaran kognitif juga, kurikulum sekolah dapat disusun dengan betul mengikut tahap perkembangan murid. Bermula daripada aras rendah kepada aras yang lebih tinggi.


3. Dapat memberi panduan kepada guru untuk menyediakan persekitaran yang mampu manarik minat para pelajar untuk belajar kerana menurut Bruner, persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Murid-murid belajar daripada pengalaman.


4. Menurut Piaget, selain daripada kematangan biologi, perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pengalaman sosial dan interaksi individu dengan persekitaran. Maklumat ini membolehkan guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang membolehkan murid-murid meneroka alam ini dan berfikir untuk membentuk skema yang baru.


5. Teori yang diperkenalkan oleh Kohler pula banyak bergantung kepada kemahiran kognitif untuk berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan teori ini, seseorang itu mampu menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dengan masalah yang telah berjaya diselesaikan sebelum ini dengan lebih mudah.


6. Menurut Bruner lagi, apabila seseorang itu berusaha untuk mendapatkan sesuatu, mereka lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan. Hal ini membolehkan guru, membiarkan murid menyelesaikan sesuatu masalah disamping memberikan sedikit panduan dan bimbingan.


7. Secara keseluruhannya, berdasarkan teori pembelajaran kognitif, guru dapat mengetahui bahawa guru perlu menggalakkan murid untuk berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Tanpa berfikir, sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan kerana apabila seseorang itu berfikir, dia akan mengaitkan perkara yang lama dengan yang baru seterusnya individu tersebut akan mengaplikasikannya ke dalam situasi yang baru. Hal ini dapat membantu individu tersebut untuk menyelesaikan masalah.


Kelemahan (Weaknesses) 1. Pengkritik menyatakan bahawa teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.


2. Pengkritik meragui empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983).


3. Pengkritik juga mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui.


4. Pengkritik menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.


5. Empat peringkat perkembangan kanak-kanak yang dikemukan oleh Piaget sukar dibuktikan apabila kanak-kanak gagal membentuk skema yang baru apabila usianya bertambah kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Ini menunjukkan bahawa, perkembangan kognitif manusia tidak semestinya mengikut peringkat yang telah dikemukakan oleh Piaget.


6. Teori ini hanya mementingkan perkembangan kognitif sahaja. Apa yang ditekankan ialah kemahiran murid untuk berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran sukar untuk mengaplikasikan teori ini kerana tahap perkembangan kognitif seseorang berbeza dan bergantung pula kepada beberapa faktor persekitaran yang lain.






Peluang (Opportunities)

1. Bahan P&P yang ingin disediakan mestilah mengikut tahap murid. Contoh: bahan bantu mengajar untuk murid tahun 1 mesilah berbentuk konkrit dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.


2. Guru merangsang murid untuk berfikir dengan membawa murid-murid melawat tempat-tempat ilmiah seperti pusat sains negara supaya mereka mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara yang dipelajari.


3. Guru juga perlu memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka susuatu perkara. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, dapat memberi galakkan kepada murid untuk menyampaikan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.


4. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk


penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat


hipotesis.


5. Menurut Gagne guru mestilah memberi pujian kepada murid supaya murid dapat memberikan hasil kerja yang baik.


6. Menggalakkan murid untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang jawapan yang diberikan oleh mereka.


7. Memberikan masa yang cukup untuk murid berfikir dan mengembangkan idea mereka.


8. Guru juga perlu membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat.


9. Guru juga perlu memberi rangsangan kepada murid supaya mereka lebih bersungguh-sungguh untuk melakukan tugasan.


Ancaman (Threats)

1. Murid malas untuk berfikir.


2. Murid tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mungkin sebelum ini mereka dibantu sepenuhnya dalam melakukan susuatu tugasan.


3. Murid tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah disediakan oleh guru.


4. Guru malas untuk menjalankan tugas mengikut apa yang telah ditetapkan.


5. Guru kurang pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan tugas.


6. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan.


7. Guru tidak pandai mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif yang seimbang.