Model Pengajaran Sosial


BIODATA PENGASAS MODEL PENGAJARAN SOSIAL







• Beliau lahir pada 4 Disember 1925 di Kanada.


• Semasa di Universiti Columbia British, beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi, mendapat ijazah sarjana dalam bidang psikologi.


• Pernah berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953.


• Pernah menulis artikel ‘The Psychology of Chance Encounters and Life Paths’


• Meneruskan pengajian di Universiti Lowa dan mendapat ijazah sarjana pada 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya.


• Mula mengkaji tentang pengajian sosial. bekerjasama dengan anak muridnya, Richard Walters mengemukakan proses modeling. Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau ‘Adolescent Aggression’ (1973)


• Buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial diterbitkan pada 1977.


• Kini menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga sekarang.





Konsep dan Prinsip Model Pengajaran Sosial



Pengajaran ditakrifkan sebagai satu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. (Mok Soon Sang; 2004)


Selain itu, terdapat beberapa konsep pengajaran, pertama ialah kesanggupan untuk mencari ilmu untuk sepanjang hayat, kedua ialah menghormati kanak-kanak dan juga para remaja, konsep yang ketiga ialah saling berkongsi maklumat antara pelajar mahupun guru, keempat adalah guru membimbing, mengarah, membantu dan merancang untuk pelajar. Tambahan pula, guru juga perlu menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan pelajarnya. Guru juga perlu menghadapi cabaran dan profesional, selain daripada menyalurkan nilai budaya dan kebangsaaan. Dan terakhir ialah mewujudkan kesedaran dan penghargaan tentang potensi diri. (Evans dan brueckner, 1992)


Sosial merujuk kepada persekitaran dimana berlakunya interaksi dan komunikasi. Pengajaran sosial merujuk kepada proses membentuk kemahiran bahasa seperti kemahiran komunikasi untuk pelajar dan selain daripada memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui sendiri dalam kehidupan seharian. Melalu model pengajaran sosial, terdapat beberapa model yang membantu pelajar dalam mengetahui situasi sebenar tanpa memberi efek kepada kehidupan yang sebenar. Pelaksanaan model ini, memerlukan bimbingan dan bantuan daripada guru sebagai pemantau dan pelajar boleh terlibat dalam model ini secara aktif dan amat efektif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.



Model Sosial



Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam sesuatu kumpulan. Model sosial lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.


Menurut ahli teoi sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang murid-murid secara sosial, bahkan secara intelek. Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, kebolehan menyusun maklumat serta-merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabungkan semua maklumat untuk menyelesaikan masalah.



1.0) Pembelajaran koperatif


Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. Selain itu, pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja kumpulan ang diutarakan oleh Slavin, dan Johnson. Mengikut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara, iaitu pencapaian akedemik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan tugasan koperatif, matlamat dan sumber ganjaran.


Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Secara umumnya pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda kerana setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Contohnya, pelajar berpencapaian rendah menerima bantuan daripada rakan yang mempunyai pencapaian baik. Pelajar yang berpencapaian baik itu akan memperoleh kebaikan sebagai seorang pembimbing ataupun tutor dalam proses tersebut dan kedua-dua pelajar itu memperolehkan kebaikan.






1.1) Konsep Utama Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak mudahatau kompleks dalam suasana kelas yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperatif.


Antara enam konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama, pengurusan koperatif, kemahiran kerjasama, prinsip asas pembelajaran koperatif dan struktur pembelajaran koperatif(Kagan, 1994)


I. Pasukan


Kumpulan atau pasukan yang dibentuk tidak bergantung kepada saiz dan identity. Pembelajaran koperatif biasanya mengandungi 3 atau 4 orang ahli dan menjadikan kumpulan ini bergerak secara positif dan boleh terlaksana pada bila-bila masa sahaja. Mengikut Kagan (1994) ahli-ahli dalam pasukan mengenal, menerima dan memberi sokongan paduan antara satu sama lain.pembentukan kumpulan boleh terbentuk secara rawak ataupun boleh ditentukan oleh guru berdasarkan kebolehan dan beberapa syarat yang lain.


II. Pengurusan Pembelajaran Koperatif


Kagan (1994) menyarankan agar kemahiran pengurusan yang efisin menyediakan suatu situasi yang kondusif untuk melaksanakan pembelajaran koperatif. Antara peraturan kelas seperti mengadakan Quiet Signal, kedudukan pelajar seperti susunan ladam kuda, cara makmal kluster dan Carpet patch. Kemahiran memberi arahan dari segi lisan dan tulisan, memperoleh perhatian pelajar, kemhiaran menyoal serta peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan






III. Keinginan untuk bekerjasama


Dalam pembelajaran koperatif, terdapat tiga cara keinginan untuk bekerjasama diwujudkan dan dikekalkan yang terdiri daripada pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sisitem banjaran atau penghargaaan. Ini merupakan satu langkah jagka maa yang pangjang supaya ahli kumpulan dapat membentuk diri sendiri kea rah yang positif seperti sifat kerjasama, hormat-menghormati dan dapat juga membentuk suasana pembelajaran yang maksimum. Selain itu, pembinaan berpasukan adalah untuk memastikan ahli saling memberi sokongan.


IV. Kemahiran Kerjasama


Pembelajaran ini memerlukan pembentukan kemahiran sisoal supaya pembelajaran dapat berlaku. Kemahiran mendengar, menyelesaikan konflik, mengubah serta mendorong ahli lain merupakan bantuan pelajar untuk memperoleh pembelajaran. Mengikut Kagan (1994) empat kaedah yang paling peting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan, penstrukturan dan refleksi.


V. Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif


Prinsip pembelajaran koperatif ialah kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglihatan seimbang dan akaunabiliti individu.


1.2) Kaedah dan Teknik pengajaran Model Pembelajaran Koperatif


• Proses memudahkan sesuatu tindakan,


• Kemahiran memotivasikan murid,


• Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan


lancar,


• Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat


kepimpinan,


• Sesuai untuk aktiviti kumpulan,


• kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dan lain-lain.



1.3) Rumusan
Pembelajaran koperatif merupakan salah satu inovasi pendidikan yang pernah dikaji secara meluas. Dapatan-dapatan yang positif dalam pembelajaran koperatif merupakan impian seseorang guru di dalam bilik darjah. Hal ini akan mendorong para guru untuk menggunakan model pembelajaran koperatif dalam pelaksanaan pelajaran demi mencapai peningkatan dalam pembelajaran bermakna.


2.0) Model Main Peranan


Main peranan merupakan kaedah kumpulan berorentasikan proses, di mana pelajar berlakon seperti dalam kehidupan sebenar. Model ini membolehkan murid mengetahui tentang situasi dirinya ataupun menjadi individu lain. Murid berpeluang beraksi mengikut situasi. Dalam main peranan, peserta memainkan peranan yang khusus seperti mana yang telah diarahkan. Kebiasaannya peserta tidak akan mengalami masalah untuk memainkan peranan. Aktiviti memainkan peranan boleh diadakan di dalam kelas dan boleh melibatkan semua murid atau sebahagian sahaja. Pelajar yang tidak melibatkan diri boleh menjadi pemerhati situasi.


2.1) Tujuan


Main peranan bertujuan untuk member peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan, selain melatih mereka berlakon sambil mengalami sendiri sesuatu situasi itu. Mereka akan dapat memahami tingkah laku orang lain. Selain itu, mereka akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.


2.2) Contoh Langkah-langkah Model Main Peranan:


1. Guru mewujudkan satu situasi bermasalah.


2. Guru menerangkan situasi bermasalah/peranan watak-watak/tempoh lakonan.


3. Guru memilih murid menjadi pelakon.


4. Murid-murid memainkan peranan.


5. Guru berbincang dgn murid prestasi lakonan/penyelesaiannya.


6. Guru membimbing murid membuat rumusan.



2.3) Prinsip-prinsip Main Peranan


Senario, peranan dan taklimat latar hendaklah dipadankan supaya menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan. Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu memastikan bahasa murid sudah menguasai dan memahami situasi. Masa akan diberikan untuk membuat persediaan. Aktiviti main peranan yang paling sesuai mengambil masa 15 hingga 20 minit. Pandangan pemerhati akan dicatatkan dalam boring penilaian atau senarai semak.


2.4) Jenis-jenis Main Peranan

i. Memerihal


Satu cara komunikasi di mana peserta memerihal sesuati situasi atau masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar.


ii. Demontrasi


Menunjukkan cara melakukan tingkah laku supaya pelajar lain dapat mencontohi tingkah laku yang ditunjukkan dengan betul seprti cara bertutur.


iii. Latihan


Melatih pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti mana seperti situasi yang sebenar. Contohnya ialah menjadikan pelajar ahli pengerusi majlis untuk kemahiran komunikasi.


iv. Cerminan


Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contoh pelajar memujuk rakannya untuk melakukan sesuatu.


v. Kepekaan


Cara untu member kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap situasi orang lain. Hal ini kana membantu pelajar memahami perasaan orang lain.


Model main peranan boleh digunakan untuk semua pelajar pelbagai tahap dan aras akedemik. Selain itu model ini boleh digunakan untuk pelbagai topic atau situasi. Guru boleh menggunakan model ini untuk mengetahu kefahaman pelajar. Kesemua ini bergantung kepada kreativiti guru dalam penggunaan model main peranan.

3.0) Simulasi

Simulasi mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan did lam bilik darjah. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya memindahkan ke situasi yang sebenar. Secara umumnya, simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu kemahiran melalui demontrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid.


Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan berbentuk persaingan atau koperatif. Contoh ialah permainan ‘monopoly’ di mana mereka akan bermain secara jual beli real estate melalui spekulasi ehdupan sebenar. Simulasi juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana membantu murid-murid untuk melihat pewakilan objek yang sebenar. Contoh ialah pembedahan katak, kita akan member pelajar melihat simulasi pembedahan yang sebenar sebelum membenarkan mereka membedah katak secara individu, berpasangan atau berkumpulan.


3.1) Fasa Pengajaran Model Simulasi


Dalam pengajaran menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa, iaitu orentasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan (Jocye et al., 2002).


a) Orentasi: Guru akan mengemukakan topik yang ingin diajar, meerangkan konsep dalam simulasi dan apakah itu simulasi serta gambaran umum aktiviti.


b) Latihan Peserta: pelajar mula simulasi dan guru akan memperkenalkan peraturan, peranan, prosedur, cara mendapatkan skor, jenis keputusan dan matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada kumpulan supaya meraka faham arahan.


c) Proses Simulasi: Pelajar melibatkan diri dalam simulasi manakala guru hanya memberi bimbingan(jurulatih) dan sebagai pengadil. Pada masa tertentu, aktiviti boleh dihentikan jika ingin mendapat maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta memperjelaskan salah tanggapan.


d) Perbincangan: Merangkumi perbincangan pelajar serta simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar. Hubung kait aktiviti dengan kandungan subjek yang dipelajaridan menilai serta mereka cipta kembali simulasi.


Implikasi Model Pengajaran sosial.



Setiap model pengajaran mempunyai implikasi sendiri dan dan perkara yang sama juga berlaku kepada model pengajaran sosial. Implikasi model sosial ialah:


1. Peniruan melaui main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan dalam watak-watak yang dimainkan dalam aktiviti main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam bilik darjah perlu menggunakan situasi realistic.


2. Peranan guru sebgai rol model harus memastikan dan mempunyai perwatakkan yang positif supaya para pelajar dapat mencontohinya. Antara tingkah laku yang perlu ada pada guru adalah daripada cara dia bertutur, ketepan masa, cara berpakaian, konsep kendiri dan daya kepimpinan yang tinggi selain mempamerkan minat mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.


3. Peniruan boleh beraku secara langsung dan tidak langsung. Pada asalnya mungking peniruan memerlukan sedikit motivasi tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkah laku itu akan dilakukan secara tidak langsung. Televisyen dan filem biasa menjadi sumber untuk tingkah laku tidak langsung pelajar. Maka, nasihat dan bimbingan guru perlu ada untuk memastikan pelajar memilih program yang sesuai ditonton dan mengelakkan program yang bukan-bukan.


4. Kaedah pembelajaran komperatif akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.


5. Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid dapat memahami keprihatinan, nilai dan perspektif orang lain. Simulasi pula membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.


6. Sumber motivasi intrinsic. Mementingkan penglibatan dalam komuniti


7. Model pembelajaran ini juga berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan pembelajaran. Dapat mengenal identiti murid melalui penglibatan aktiviti berkumpulan.



ANALISIS SWOT



S - Strength (Kekuatan)


W - Weakness (Kelemahan)


O - Opportunities (Peluang-peluang)


T - Threats (Ancaman-ancaman)




S - Strength (Kekuatan)


• model ini dapat dijadikan sebagai pengalaman atau panduan bagi pelajar dalam menghadapi situasi yang sebenar kelak.


• model ini dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian dalam diri murid.


• Model ini dapat mengembangkan kreativiti pelajar, kerana dalam model ini pelajar diberi kesempatan atau peluang untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan.


• model ini dapat mempertingkatkan minat murid dalam prosese pembelajaran serta dapat memperkayakan pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi berbagai situasi sosial yang pelbagai masalah.

• model ini memberi rangsangan kepada murid untuk meluahkan perasaan serta memperoleh inspirasi dan pemahaman yang berpengaruh terhadap sikap, nilai dan pemikirannya.

W - Weakness (Kelemahan)


• Kebanyakannya model ini memerlukan kepada bmbingan guru. Hal ini boleh menyebabkan murid sukar untuk berdikari jika menghadapi sesuatu situasi.


• pengelolaan yang kurang baik. Hal ini kerana biasanya, model pengajaran ini di jadikan sebagai alat hiburan, sehingga proses P&P terabai.


• Jika sesuatu pengajaran atau simulasi yang diberi tetapi tidak berjalan dengan baik, maka murid akan mengalami masalah dalam memahami kefahaman yang sepatutnya mereka perolehi objektif model sosial gagal.


O - Opportunities (Peluang-peluang)


• Murid dapat meluahkan perasaan.


• Murid dapat memupuk semangat kerjasama.


• Kejayaan boleh dimiliki bersama-sama.

• Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.




T - Threats (Ancaman-ancaman)


• Jika guru kurang kreatif dalam P&P model social, akan memberi kesusahan kepada murid.


• Mendatangkan bahaya sekiranya murid meniru setiap perkara dengan tidak menitik beratkan kekurangan atau keburukan sesuatu perkara itu.


• Mendatangkan masalah dalam kehidupan murid sekiranya murid tersebut tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya dari pihak yang dipercayai.

• Murid tidak mempuyai jati diri yang jitu kerana sudah terbiasa dengan proses peniruan dan susah untuk membentuk sifat kendiri.