TEORI KONSTRUKTIVISME
Pendahuluan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah serta pembimbing.
Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Pengertian/Definisi Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut :
“Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught”.
Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
SEJARAH TEORI
Konstruktivisme berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Construstivism yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran, Teori Konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina di dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.
Teori Konstruktivisme mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktisme Kognitif atau Konstruktivisme. Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian-andaian berikut :
(a) Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri.
(b) Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya.
(c) Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.
Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori perkembangan prokimal ( Zone of Prokimal Development, ZPD) Vygotsky. Di bawah konteks konstruktivisme, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif.
Mengikut Vygotsky, idea zon perkembangan proksimal (ZPD) adalah prestasi murid, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri dan dengan ini, mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi. Ringkas kata, perbezaan perkembangan peringkat potensi individu ini adalah di dalam lingkungan zon perkembangan proksimal (ZPD) tersebut.
Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, murid membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pegalaman sedia ada supaya menyelesaikan sebaran perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.
Di samping proses kognitif, Teori Konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses metakognitif , iaitu operasi pemikiran yang mengarah yang mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing murid untuk mencari makna, terutamanya operasi merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Yang paling penting, murid perlu menghubungkaitkan pengalaman dengan maklumat baru dalam proses pembelajarannya.
Ringkasnya, individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi; ia bukan tetap tetapi sering berubah. Di bawah konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam sesuatu situasi yang sama, lmu pengetahuan mengikut konstruktivisme yang diperolehi oleh setiap orang individu adalah tidak sama.
Intisari Teori Konstruktivisme Kognitif : Jean Piaget
i) Kanak-kanak terutamanya membina ilmu dan pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui proses transformasi, organisasi dan re-organisasi ilmu dan kemahiran yang telah ada dalam struktur kognitif mereka.
ii) Maka, proses adaptasi, asimilasi, akomodasi dam pemikiran logikal merupakan proses yang utama dalam pembinaan ilmu dan kemahiran baru.
iii) kanak-kanak belajar mengikut perkembangan kognitif melalui beberapa peringkat, iaitu : peringkat sensori motor, pra-opreasi, operasi konkrit dan operasi formal.
iv) ilmu dan kemahiran adalah lebih bermakna dibina berdasarkan usaha individu diri sendiri.
v) pendidikan hanya memainkan peranan menghaluskan kemahiran dan ilmu yang telah sedia ada dalam struktir kognitif.
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan berbangsa Perancis. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Beliau merupakan anak pertama dalam keluarga. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.
Pendidikan dan Kerjaya
Piaget sangat suka belajar bermula dari peringkat kanak-kanak lagi teruatamanya dalam bidang ilmu alam. Ketika beliau berumur sebelas tahun, beliau telah menulis tentang burung gereja “albino” iaitu burung yang mempunyai kulit yang amat pucat atau terang.
Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau memperoleh PhD semasa berumur 22 tahun. Pada masa yang sama, beliau menerbitkan dua esei falsafah iaitu "adolescence work", namun, esei ini amat umum kepada semua lapisan umur. Kemudian, beliau menyambung palajaran di Universiti Zurich. Setelah menghabiskan satu semester di University of Zurich, di mana ia mengembangkan minat untuk psikoanalisis, ia meninggalkan Switzerland untuk ke Perancis.
Beliau berpindah dari Swiss ke Grange-aux-Belles, Perancis dan mengajar di sekolah untuk kanak-kanak lelaki yang dikelolakn oleh Alfred Binet. Di sini, beliau mengakaji tentang pemikiran kanak-kanak dengan jawapan yang diberikan terhadap soalan yang dikemukakan. Beliau memerhatikan kanak-kanak ini terus memberikan jawapan yang salah untuk pertanyaan-pertanyaan tertentu. Daripada sini beliau membuat kesimpulan bahawa cara berfikir kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa.
Pada 1921, Piaget kembali ke Swiss sebagai direktur Institut Rousseau di Geneva.
BIODATA/LATAR BELAKANG LEV VYGOTSKY
Vygotsky dilahirkan pada 5 November 1896 di Barat Russia (Belorussia). Beliau dilahirkan dalam keluarga Yahudi kelas pertengahan.
Ibunya dilatih menjadi seorang guru, tetapi memberikan lebih keutamaan kepada lapan anaknya dengan menyediakan persekitaran yang meransang anak-anaknya. Vygotsky menamatk pendidikan rendahnya di rumah dengan belajar dengan ibunya sendiri. Kemudian masuk sekolah biasa untuk menyambung pendidikan menengahnya. Beliau memiliki kemampuan membaca dan memori yang luar biasa. Beliau juga merupakan pelajar yang sangat pintar dalam semua mata pelajaran walaupun lebih berminat kepada drama dan puisi.
Beliau sering digelar “Profesor Kecil” kerana minatnya dalam falsafah dan sejarah. Vygotsky menamatkan zaman pengajian sekolah menengahnya dengan pingat emas pada usia 17 tahun.
Walaupun beliau seorang pelajar yang cemrlang, ianya menjadi keraguan samada beliau akan diterima masuk ke Universiti Moscow kerana pada ketika itu mengamalkan sistem anti-Semit yang mengenakan had kepada pelajar Yahudi memasukinya dan mengehadkan juga bidang yang diambil.
Akhirnya beliau dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Moscow tersebut, namun dilarang mengambil jurusan falsafah tetapi diberi jurusan perubatan dan akhirnya beralih kepada undang-undang. Akhirnya, beliau menamatkan pelajarn di universiti tersebut dalam sarjana undang-undang pada tahun 1917. Selepas tamat belajar, beliau mula mengajar di beberapa institusi. Kajian pertama beliau pada tahun 1925 iaitu mengenai Psikologi Seni. Beberapa tahun kemudian, beliau bekerja sebagai seorang Psikologi bersama dengan Alexender Luria dan Alexei Leontiev.
Vygotsky merupakan seorang penulis yang produktif. Beliau mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menulis buku berkaitan psikologi. Beliau berminat dalam pelbagi bidang, tetapi lebih tertumpu kepada perkembangan kanak-kanak dan pendidikan. Beliau juga mempelajari topik berkaitan Psikologi Seni dan perkembangan bahasa.
Setelah lulus dari universiti, kerjaya beliau bermula dengan mengajar di Gomel dimana beliau telah bertemu dan berkahwin dengan Roza Smekhova pada tahun 1924 dan mereka mempunyai dua orang anak perempuan.
Vygotsky mendirikan makmal penyelidikan di Kolej Guru Gomel di mana ia meneruskan kajian psikologi dan memberikan kuliah yang kemudian akan menjadi asas bagi bukunya Completely self-taugh. Pada tahun 1924, beliau membuat persembahan di Second All-Russia Psychoneurological Kongres di Leningrad. Beliau membincangkan kaedah penyiasatan refleksiologi dan psikologi. Persembahan beliau diterima dengan baik dan beliau ditawarkan oleh Luria dan Korniluv untuk tinggal di Institut Psikologi Moscow.
Prinsip-prinsip asas Teori Pembelajaran Konstruktivis Kognitif (Jean Piaget):
i. Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu.
ii. Peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut.
Prinsip asas Teori Konstruktivis (Lev Vygotsky)
i. Tahap perkembangan murid-murid ditentukan oleh “zon perkembangan proximal” (tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi).
ii. Konsep perancah diaplikasikan dalam bilik darjah. (bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa / guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang berfokus dan interaksi positif antara guru dan murid).
Konsep Konstruktivis:
i. Melalui insiatif diri sendiri ilmu itu dibentuk.
ii. Membentuk ilmu adalah bertujuan untuk mengadaptasikan diri dalam persekitaran yang sebenar,
iii. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.
IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Menurut Teori Konstruktivis, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
1. Murid memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran manakala guru pula berperanan sebagai penolong, perancang dan pemudah cara.
2. Kaedah dan teknik mengajar tradisi seperti syarahan, menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran lagi. Justeru, model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.
3. Pengalaman dan kesediaan murid merupakan faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu.
4. Di dalam bidang konstruktivis, keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan.
5. Bentuk dan alat penilaian terhadap pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama kerana penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan.
6. Menggunakan strategi berpusatkan murid, kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
7. Mengembangkan proses metakognitif dan pemikiran reflektif dengan kaedah dan teknik penyoalan, khasnya kaedah sokratik.
8. Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan pembelajaran baru dan memupuk motivasi instrinsik pelajar agar mengambil inisiatif diri dalam pembelajaran.
ANALISIS TEKNIK SWOT
Strengh (Kekuatan)
- Aktiviti pembelajaran berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
- Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep pembelajaran.
- Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain dan pelajar lain menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
- Pelajar dapat meneroka sendiri kemahiran tanpa tunjuk ajar dari guru tetapi guru hanya membantu. Pembelajaran konstruktivis juga biasanya diserapkan dalam pembelajaran di dalam kelas.
- Murid dapat berdikari kerana mereka diberi peluang untuk belajar sendiri tanpa disuap oleh guru.
- Menggalakkan pelajar belajar dalam kumpulan dan bukan individu. Oleh itu, pelajar dapat bertukar-tukar fikiran dan idea dengan rakan-rakan mereka.
“Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka.”
Kelemahan ( Weakness)
- Dalam teori ini, pelajar dibenarkan menilai sendiri tentang pembelajaran yang yang mereka dapat pada hari itu. Pelajar mungkin tidak dapat menilai dengan tepat dan sempurna kerana mereka kurang berpengetahuan tentang sesuatu perkara itu berbanding dengan guru mereka yang lebih berpengalaman.
- Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja mereka bentuk, menganalisis dan menyelidik tentang sesuatu ilmu atau pembelajaran. Maka, pembelajaran melalui teori ini kurang sesuai untuk pelajar yang mempunyai tahap kognitif lemah.
Peluang (Opportunities)
- Pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran mereka berasaskan pengalaman dan persekitaran di dalam kehidupan seharian mereka.
“Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka.”
- Pelajar akan sentiasa dapat menambah pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman yang sedia ada.
Halangan ( Threats )
- Apabila guru kurang bersedia dengan pengetahuan yang luas.
- Sikap murid yang malas dan tidak kurang bersedia akan membantutkan pembelajaran guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan