Model Pengajaran Sistem Behavioral

Sejarah Model Pengajaran


 
Asas teoretikal yang umum berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberikan hala tuju kepada pembentukan model pengajaran. Dengan mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberikan respon terhadap tugas-tugas dan maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasi struktur tugasan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi. Hasilan daripada ini, terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar membaca, membentuk kemahiran sosial dan psikomotor, menggantikan tekanan dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal yang kompleks. Oleh sebab model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid, maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulam model pengajaran behaviorisme termasuklah model pembelajaran social (Bandura, 1961), model pembelajaran masteri (Bloom, 1968)) dan Pengajaran Langsung (Good et al., 1994).

BIODATA TOKOH

Benjamin S. Bloom lahir pada tarikh 21 Februari 1913, di Lansford, Pennsylvania . Dia menerima gelaran sarjana dan gelar master dari Pennsylvania State University pada tahun 1935 dan Ph.D. dalam pendidikan dari University of Chicago Mac 1942. Ia menjadi ahli kakitangan Majlis Examinations di University of Chicago pada tahun 1940 dan bertugas dalam kapasiti itu sampai 1943, ketika beliau menjadi universiti pemeriksa, kedudukan yang dipegangnya hingga 1959. Ia menerima janji awalnya sebagai pengajar di jabatan pendidikan di University of Chicago pada 1944 dan akhirnya dilantik Charles H. Swift distinguished Service Professor di sana pada tahun 1970. Diajuga berkhidmat sebagai penasihat pendidikan kepada kerajaan Israel , India , dan pelbagai negara lain. Bloom meninggal dunia pada tarikh 13 September 1999.



 
PROSES PENGAJARAN LANGSUNG


 
1) Pengenalan

 
Langkah pertama tarik perhatian murid dengan memberitahu matlamat pembelajaran, hasil pembelajaran dan kepentingan pelajaran berkenaan. Guru boleh menyediakan set induksi untuk menarik perhatian murid untuk belajar.

 
2) Perkembangan

 
Guru memodelkan tingkah untuk menunjukkan cara tingkah laku tersebut.

 
Guru perlu menerangkan dengan jelas maklumat yang hendak diterangkan dengan contoh yang sesuai dan pelbagai.

 
Semasa proses pengembangan guru perlu membuat semakan dengan mengemukan soalan dan memberi pelbagai latihan. Bagi menarik perhatian murid, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk menggalakan proses perkembangan ini.

 
3) Latihan terbimbing

 
Guru boleh mengunakan prinsip hala tuju terbimbing yang boleh memberi hala tuju kepada guru seperti memberikan tugasan pendek dan bermakna serta tugasan bermakna.

 
Guru perlu memantau kerja murid dan membantu mereka semasa membuat latihan bagi mereka yang masih belum meguasai pengajaran sepenuhnya.

 
4) Penutup

 
Merupakan langkah terakhir dalam model ini. Guru merumuskan dan mengimbas kembali apa yang telah diajar dalam sesi pembelajaran. Langkah ini bagi mengingatkan kembali kepada murid dan sebagai langkah persediaan kepada latihan kendiri.

 
5) Latihan kendiri

 
Merupakan latihan atau aktiviti yang diberikan oleh guru sebagai pengukuhan dalam pembelajaran. Aktiviti dan latihan ini tidak di bombing oleh guru

 
6) Penilaian

 
Kemajuan pelajar dinilai untuk menentukan tahap-tahap penguasaan mereka. Penilaian boleh digunakan sama ada secara formatif atau kumulatif


PENGAJARAN LANGSUNG


 
Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas, di mana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.

 
Berdasarkan Arends (2001), pengajaran langsung adalah satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid. Jenis pengajaran yang terarah dan mengikut satu struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit.

 
Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Keistimewaan pengajaran langsung termasuklah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu.

 
Oleh sebab model ini berpusat kepada guru, maka guru yang membentuk dan mengaturkan perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.


Aspek-aspek Pengajaran Langsung


 
Boleh diterangkan dalam tiga(3) aspek iaitu:

 
1. Jenis hasil pembelajaran pelajar.

 
2. Persekitaran pembelajaran

 
3. Aliran aktiviti pengajaran.

 
Pengajaran langsung dibentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah. Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah iaitu:

 
  • Penentuan set 
  • Penerangan/demonstrasi 
  • Praktis/latihan terbimbing 
  • Maklum balas
  • Amalan /praktis lanjutan 
  • Maka, pengajaran ini bertujuan mencapai dua hasil pembelajaran utama, iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan penguasaan pelbagai kemahiran.

 

 

 
IMPLIKASI PENGAJARAN INI TERHADAP BILIK DARJAH ADALAH

 
Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.


PEMBELAJARAN MASTERI


DEFINISI PEMBELAJARAN MASTERI

MENURUT BLOOM (1968)

“ Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu yang diajar. Pembelajaran masteri berasaskan falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.”

MENURUT ANDERSON DAN BLOCK (1975)

“ Pembelajaran masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Tambahan pula, idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria yang jelas.”

MENURUT PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM (2001)

“ Pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.”

KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI

“ Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil berpengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.

Model Masteri memastikan majoriti pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan setiap pelajar menerima pengajaran yang dirancang, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu.”



MATLAMAT PEMBELAJARAN MASTERI

“Membimbing guru memahami dan melaksanakan Pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembejaran secara berkesan.”


CIRI CIRI PEMBELAJARAN MASTERI

• Hasil Pembelajaran perlu ditentukan

• Hasil pemb. disusun secara hierarki

• Aktiviti P & P bermakna, berkesan & menyeronokkan

• Penilaian rujukan kriteria

• Pelajar menguasai 80% aras masteri setiap unit sebelum ke unit lain

• Aktiviti pemulihan & pengayaan dijalankan


PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MASTERI


Antara prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri adalah:

1. Semua murid normal dapat menguasai apa yang diajar oleh guru. Seorang guru haruslah merangka terlebih dahulu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) agar apa yang hendak diajar dapat dilontarkan dan diajar dengan berkesan. Hal ini kerana ,fokus utama guru ialah untuk pengajaran yang berkesan dan bersistematik supaya murid dapat menguasai. Sebagai contoh, guru menyediakan set induksi dahulu bagi memberi sedikit gambaran mengenai isi pengajaran yang hendak diajarkan. Kemudian, guru mengikut setiap langkah sehingga penutup.sekiranya seorang guru itu mengikut prosedur yang telah ditetapkan, peratusan bagi murid untuk menguasainya adalah tinggi.

2. Pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun daripada isi pengajaran yang mudah kepada sukar supaya murid dapat memahami. Prinsip ini jika kita hubungkaitkan dalam kehidupan kita, kita dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, proses perkembangan kanak-kanak, seperti yang sedia maklum, proses untuk kanak-kanak berjalan sendiri memakan masa yang agak lama dimana, kanak-kanak berlatih untuk meniarap dahulu, merangkak, kemudian berpaut pada sesuatu benda yang utuh dan akhirnya baru mampu berjalan dan berlari. Bayangkan sekiranya kanak-kanak ini lahir sahaja sudah mampu berlari dan berjalan, pasti sesuatu benda yang tidak pasti bukan?, oleh itu tidak hairan mengapa seorang guru perlu mengajar murid mereka dengan mengunakan aras yang rendah kepada yang tinggi. Sekiranya guru menggunakan aras yang tinggi dahulu, kebarangkalian bagi murid untuk menaakul sesuatu perkara adalah rumit.

3. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi agar objektif yang hendak dicapai dapat diperolehi. Guru haruslah peka terhadap masa yang diperuntukan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran dimana sekiranya guru itu gagal memanfaatkan masa, kemungkinan proses pengajaran akan lari daripada idea asal. Ini mungkin akan membantutkan kefahaman murid mengenai pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, amatlah disarankan agar guru sentiasa merangka dan membuat analisa terhadap proses pengajaran yang lalu agar kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali.

4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang dipelajari. Guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar sebagai contoh bahan sokongan. Seorang guru perlu membuang ataupun menghindari daripada sifat memilih kasih kepada murid. Hal ini kerana, murid akan terasa diri mereka tidak dihargai disamping meyebabkan masalah baru pula akan timbul. Oleh itu, keyakinan terhadap semua murid haruslah dipupuk di dalam diri seperti yang digariskan dalam prinsip ini.

5. Guru merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Teknik ini juga dikenali sebagai pengayaan dan pemulihan. Melalui prinsip ini, guru perlu menyediakan satu lagi isi pengajaran bagi kaedah pengayaan dan pemulihan dimana guru tidak boleh terlalu yakin murid akan menguasai pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelan b agar lebih bersedia sekiranya sebarang kemungkinan terjadi.

6. Mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai pengajaran dalam masa singkat. Melalui prinsip ini, apa yang cuba ditafsirkan ialah, guru haruslah kreatif dan tidak tertumpu kepada sesuatu kemahiran sahaja. Hal ini kerana, murid akan berasa jemu dan mudah bosan dengan guru sekiranya guru menggunakan teknik yang sama. Oleh itu, kepelbagaian haruslah diterapkan dalam diri. Sebagai contoh, guru menggabung teknik pengajaran antaranya kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar,bertutur dan menulis dan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca dengan menggunakan kaedah pengajaran yang kreatif. Sebagai contoh, menggunakan kemudahan ict, pendekatan secara individu dan menerapkan konsep 5P.



KEMAHIRAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

1. Mendiognosis murid untuk mengetahui pencapaian murid. Guru haruslah menyediakan satu ujian diognostik bagi mengetahui pencapaian murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengetahui aras kebolehan dan kefahaman murid dalam pembelajaran dan ujian diognostik juga boleh menjadi medan bagi guru untuk meneruskan pengajaran kepada aras yang seterusnya.

2. Mengetahui perbezaan antara murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran yang diajar. Hal ini kerana, guru dapat menyediakan beberapa modul-modul berlandaskan kaedah pemulihan supaya murid yang bermasalah itu tidak ketinggalan.

3. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan. Huraian yang dapat dinyatakan ialah guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar bagi menarik minat murid supaya lebih fokus disamping dapat melahirkan suasana pengajaran yang produktif. Guru memberi murid mencuba, merasai dan membuat sendiri bahan bantu mengajar tersebut.

4. Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar amat digalakkan bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid akan lebih dipandu bagi memahami topik yang diajar. Sebagai contoh, kelas pemulihan dimana guru diajar untuk membuat bahan bantu mengajar 12 item. Bahan bantu mengajar ini mencakupi segala kaedah pengajaran mengikut silibus.

5. Menyimpan rekod kemajuan murid. Guru seharusnya menyimpan segala data dan hasil kerja murid dalam satu fail khas agar tidak kelam kabut sekiranya diperlukan ataupun diminta. Selain itu juga, guru dapat menjadikannya sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada ibubapa mahupun Guru Besar.

6. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.

7. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai. Aktiviti ini dijalankan sekiranya ada murid yang mengalami masalah. Bagi murid yang mengalami masalah, guru memberi aktiviti pemulihan manakala bagi murid yang tidak bermasalah, aktiviti pengayaan diberikan. Hal ini kerana, murid yang bermasalah tidak akan terabai sehingga mengakibatkan mereka ketinggalan daripada murid lain.

IMPLIKASI PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

ANALISIS MODEL SISTEM BEHAVIORIS


-Berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkanmaklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukantugas yang diberi .

-Pengajaran langsung adalah satu strategi yang berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Oleh yang demikian, ia agak sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik.

-Kaedah pengajaran langsung kurang sesuai bagi matapelajaran-matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan

-Murid dapat mengembangkan kemahiran secara langkah demi langkah.

-Strategi pengajaran langsung dapat mengukuhkan pemahaman murid melalui kerja rumah yang diberikan.

-Murid seterusnya berupaya mengaplikasi apa yang dipelajari diluar bilik darjah.

-Melalui pembelajaran masa kini, murid dapat belajar menhgikut

tahap masing-masing.

-Guru dapat menggunakan pembelajaran masteri untuk menyesuaikan pengajaran agar memenuhi faktor perbezaan individu di dalam kalangan murid.

-Murid kurang meneroka untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

-Murid hanya tertumpu kepada sesuatu kaedah atau penyelesaian masalah yang diajar.